Friday, July 24, 2009

BERITA BERGAMBAR SEMPENA MESYUARAT BULANAN PERGERAKAN PUTERI UMNO LIBARAN

Barisan Top 5. Ketua Penerangan? (Sila Rujuk Gambar Paling Besar Di Bawah)

Barisan AJK

i love Vitegen...
Mel (Ketua Penerangan) menyayang Tshirt yang bakal digunakan sempena Pertandingan Kecergasan Poco-Poco Anjuran Bersama Puteri UMNO dengan Komuniti Bestari Mukim Sungai Manila Utara, Di Pekan Rancangan Sungai Manila

Diantara Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

1) Persiapan anjuran pertandingan kecergasan Poco-Poco
2) Persiapan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Libaran yang dijadualkan:

Tarikh : 02 Ogos, 2009

Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Ballroom Sabah Hotel Sandakan

Perasmi : Saudari Musliati binti Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah

KEPADA SEMUA AHLI PUTERI DAN PERWAKILAN YANG DIKASIHI SEMOGA DI BERI KESIHATAN DAN RUANG WAKTU UNTUK HADIR MENJAYAKAN PROGRAM YANG TELAH DIJADUALKAN.


Monday, July 20, 2009

BERITA BERGAMBAR SEMPENA MENGHADIRI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TUARAN

Mengambil Gambar kenangan Bersama Pu3 UMNO Tuaran empat dari kanan Puan Effa Ridun Ketua Pu3 UMNO Tuaran

Ucapan Perasmian Oleh YAB. Datuk Seri Haji Musa bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah


Sekitar Majlis Perasmian: Disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Haji Musa bin Haji Aman Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah/ Ketua Menteri Sabah



Jamuan makan : dari kanan naib, P. S/U & Kp3




Jamuan Makan : Sempat juga posing ala2 dungzz


K. Penerangan Serius mendengar Ucapan


Smile :) Kp3 & Naib



Gambar Penuh Ceria : bersama Setiausahan UMNO Bahagian Libaran Tuan Haji Basra bin AbdulRahman (baju hijau)

Menanti Kehadiran Ketua Menteri : Dari kiri En. Masbah bin Ajirol Ajk UMNO Bahagian, Cik Ratmi Labulu, Puan Marsuria Arbi, Tan Seri Ampung Puyun Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Yb. Datuk Haji Zakaria bin Haji Mohd Edris ADUN N 41 Gum-Gum, Puan Masdiana Salleh, Puan Suharni Mahamuddin (KP3) & Pen. S/U Pu3

Yang Sama Kurang Serupa:
Dari Kiri Pen. S/U, K. Penerangan & Kp3
Yang Sama tapi tak serupa :
Marsuria Arbi Naib Ketua Pu3 (tengah) bersama AJK UMNO Bahagian Libaran



Wednesday, July 15, 2009

Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib

SHARM EL-SHEIKH 15 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

“Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi.

“(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah. - Bernama di Utusan Online

Tuesday, July 14, 2009

UTUSAN ONLINE:Keputusan pilihan raya seawal 8 malam ini


KUALA KRAI 13 Julai - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dijangka diketahui seawal pukul 8 malam esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

''Sasaran kami ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah dan nelayan. Jadi mereka tidak tertakluk kepada hari bekerja.

''Lebih kurang 1,300 pengundi luar pula, bukan semuanya dari Lembah Klang. Kebanyakan dari sekitar Kelantan dan Pahang, jadi saya harap mereka dapat pulang dan keluar mengundi beramai-ramai esok,'' katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I di sini hari ini.

Beliau berkata, suasana kempen yang bermula 6 Julai lepas berjalan dengan aman dan tidak ada sebarang insiden buruk yang boleh menjejaskan perjalanan proses pilihan raya kecil dilapor berlaku.

''Kami harap sehingga calon yang menang diumum, tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Melalui pemantauan yang dibuat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya pula didapati parti yang bertanding mematuhi undang-undang dari segi pemasangan bahan kempen,'' katanya.

Bagi bahan kempen yang menyalahi peraturan, tindakan menurunkan bahan berkenaan telah dibuat dan pasukan ini mendapat kerjasama daripada wakil-wakil parti, katanya.

Abdul Aziz berkata, maklumatmaklumat pengundi seperti nama pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor siri dalam daftar pemilih boleh didapati di 25 barung SPR yang dibuka dalam jarak 50 meter di luar pusat mengundi.

''Sejumlah 72 kerusi roda iaitu masing-masing lapan kerusi roda bagi setiap sembilan pusat mengundi akan disediakan SPR untuk kemudahan pengundi-pengundi uzur atau kurang upaya,'' katanya.

Pusat pengundian juga disediakan dengan Zon Umum Menurunkan Pengundi bagi kenderaan yang membawa pengundi ke tempat mengundi, katanya.

''Tiada sebarang bendera atau lambang parti atau apa-apa benda yang menjurus kepada bentuk kempen dibenar dilekatkan pada kenderaan itu melainkan pelekat kenderaan khas yang telah diedarkan kepada parti bertanding,'' katanya.

Abdul Aziz berkata, sebarang aduan berkaitan perjalanan pilihan raya kecil itu termasuk yang berkaitan dengan aktiviti kempen boleh dibuat ke Bilik Gerakan SPR di talian 09-7471966 atau 09-7471998.

Beliau turut meminta kerjasama semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta arahan polis bagi menjamin kelancaran pilihan raya kecil itu.

''Tempoh berkempen yang bermula pada hari penamaan calon, 6 Julai lepas akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, selepas itu tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen, organisasi media juga diminta mematuhi arahan larangan berkempen pada hari mengundi,'' katanya. - BERNAMA

Monday, July 13, 2009

SEPETANG DI KAMPUNG GAS BATU SAPI


Sempat juga Kp3 membeli keropok di gerai Pameran



Berkesempatan mengambil gambar Kenangan di khemah Pasukan Maritim - dari kiri Puan Masdiana (Ketua Pu3 Cawangan), Puan Suharni Mahamudin (KP3), 4 dari kiri Puan Marsuria Arbi (Naib) diikuti oleh Annabell (ajk) & pertama d kanan SU la.



Gambar kenangan semasa Majlis Penyampaian Program Pembangunan Ko-Nelayan dan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Nelayan Negeri Sabah (Dibawah SRKP) Sandakan telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Semasa program tersebut lebih 100 orang telah menerima bantuan, semoga program sebegini dapat memangkin keyakinan rakyat untuk berusaha meningkatkan taraf ekonomi-sosial keluarga. Keprihatinan kerajaan pada masa kini tidak harus disia-sia kan oleh rakyat, sokongan padu dan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan negeri dan persekutuan akan terus memacu dan menjana pembangunan dengan lebih syumul dan bersepadu.


Wednesday, July 8, 2009

PADAN DENGAN MUKA MU LIM GUAN ENG

Jika anda melihat berita semalam, keratan berita di bawah pasti telah anda ketahui, tapi yang membuatkan ramai yang kan ketawak teguling2 adalah - LIM GUAN ENG tuduh dan menyuruh pulak Kerajaan BN terdahulu kasi selesai padahal sebelum dia manang bukan main dia janji mau tulung..ni bukan tulung tapi kejanya betapuk jak takut jumpa rakyat. Ni lah kerja kamurang pakatan asyek menipu saja...

Guan Eng perlu penuhi janji

Oleh NIZAM YATIM

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memenuhi janji yang dibuatnya ketika pilihan raya umum lalu untuk menyelesaikan isu pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala, Gelugor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, sikap Guan Eng yang menyalahkan Kerajaan Pusat dan bekas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebagai punca isu itu tidak dapat diselesaikan membuktikan DAP tidak berniat untuk menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini.

''Semua ini berpunca kerana DAP telah membuat janji yang sangat besar pada pilihan raya umum lalu dan sekarang setelah menguasai kerajaan negeri, ia sepatutnya memenuhi segala janji khususnya yang dibuat kepada pengundi kaum India," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara berkenaan perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah menulis surat kepada Najib bagi memohon bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah kampung itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) dan membayar pampasan kepada pemaju, NusMetro Ventures (P) Sdn. Bhd. bagi membolehkan 23 keluarga terus tinggal di Kampung Buah Pala.

Penduduk kampung berkenaan terpaksa mengosongkan tanah itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni sejak sekian lama.

Guan Eng baru-baru ini meminta Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Najib memandangkan pertelingkahan berhubung pengambilalihan tanah berkenaan berlaku ketika negeri terbabit diterajui oleh Presiden Gerakan itu.

Tsu Koon yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, tanah di kampung berkenaan adalah milik kerajaan negeri yang telah diserahkan kepada KPKPP setelah pihaknya mengambil alih sebidang tanah lain milik koperasi itu bagi tujuan pembesaran bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

''Dakwaan DAP bahawa kerajaan negeri BN sebelum ini telah menjual tanah Kampung Buah Pala dengan harga murah kepada pemaju swasta adalah tidak benar.

''Ini adalah fakta sebenar yang tidak disebut oleh Guan Eng sebaliknya beliau hanya bercakap perkara-perkara lain yang separuh betul sehingga menyebabkan orang ramai menganggap bahawa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak bertanggungjawab," katanya.
Menurut Tsu Koon, hanya setelah tanah terbabit diserahkan kepada KPKPP, barulah penduduk kampung terbabit mendakwa tanah berkenaan milik mereka.

''Terdapat penduduk yang telah membawa kes ini ke mahkamah walaupun kita telah menasihatkan mereka supaya tidak meneruskannya kerana kerajaan negeri BN boleh membantu mereka mendapat pampasan yang munasabah.

''Usaha kita untuk membantu penduduk ini gagal setelah DAP campur tangan dan membuat pelbagai janji sehingga menyebabkan ramai penduduk menyokong mereka pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Thursday, July 2, 2009

MAKLUMAN!!!!!

ADALAH DENGAN INI DI MAKLUMKAN KEPADA SEMUA AJK PU3 UMNO LIBARAN UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN YAB. KETUA MENTERI SABAH SEPERTI KETETAPAN DI BAWAH:

Tarikh : 03.07.2009 (Jumaat)

LOKASI : AIRPORT SANDAKAN

MASA : 07.30 AM