Wednesday, July 8, 2009

PADAN DENGAN MUKA MU LIM GUAN ENG

Jika anda melihat berita semalam, keratan berita di bawah pasti telah anda ketahui, tapi yang membuatkan ramai yang kan ketawak teguling2 adalah - LIM GUAN ENG tuduh dan menyuruh pulak Kerajaan BN terdahulu kasi selesai padahal sebelum dia manang bukan main dia janji mau tulung..ni bukan tulung tapi kejanya betapuk jak takut jumpa rakyat. Ni lah kerja kamurang pakatan asyek menipu saja...

Guan Eng perlu penuhi janji

Oleh NIZAM YATIM

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memenuhi janji yang dibuatnya ketika pilihan raya umum lalu untuk menyelesaikan isu pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala, Gelugor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, sikap Guan Eng yang menyalahkan Kerajaan Pusat dan bekas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebagai punca isu itu tidak dapat diselesaikan membuktikan DAP tidak berniat untuk menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini.

''Semua ini berpunca kerana DAP telah membuat janji yang sangat besar pada pilihan raya umum lalu dan sekarang setelah menguasai kerajaan negeri, ia sepatutnya memenuhi segala janji khususnya yang dibuat kepada pengundi kaum India," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara berkenaan perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah menulis surat kepada Najib bagi memohon bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah kampung itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) dan membayar pampasan kepada pemaju, NusMetro Ventures (P) Sdn. Bhd. bagi membolehkan 23 keluarga terus tinggal di Kampung Buah Pala.

Penduduk kampung berkenaan terpaksa mengosongkan tanah itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni sejak sekian lama.

Guan Eng baru-baru ini meminta Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Najib memandangkan pertelingkahan berhubung pengambilalihan tanah berkenaan berlaku ketika negeri terbabit diterajui oleh Presiden Gerakan itu.

Tsu Koon yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, tanah di kampung berkenaan adalah milik kerajaan negeri yang telah diserahkan kepada KPKPP setelah pihaknya mengambil alih sebidang tanah lain milik koperasi itu bagi tujuan pembesaran bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

''Dakwaan DAP bahawa kerajaan negeri BN sebelum ini telah menjual tanah Kampung Buah Pala dengan harga murah kepada pemaju swasta adalah tidak benar.

''Ini adalah fakta sebenar yang tidak disebut oleh Guan Eng sebaliknya beliau hanya bercakap perkara-perkara lain yang separuh betul sehingga menyebabkan orang ramai menganggap bahawa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak bertanggungjawab," katanya.
Menurut Tsu Koon, hanya setelah tanah terbabit diserahkan kepada KPKPP, barulah penduduk kampung terbabit mendakwa tanah berkenaan milik mereka.

''Terdapat penduduk yang telah membawa kes ini ke mahkamah walaupun kita telah menasihatkan mereka supaya tidak meneruskannya kerana kerajaan negeri BN boleh membantu mereka mendapat pampasan yang munasabah.

''Usaha kita untuk membantu penduduk ini gagal setelah DAP campur tangan dan membuat pelbagai janji sehingga menyebabkan ramai penduduk menyokong mereka pada pilihan raya umum lalu," katanya.

1 comment:

  1. Salam Ziarah,

    Janji macam org nak mengurat, nak tunai mcm mat rempit, habis madu sepah dibuang!

    ReplyDelete

ADA KOMEN?