Tuesday, May 4, 2010

Jadikan UMNO lebih terbuka ~ Utusan Online

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.

''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.

''Ini bermaksud dari aspek transformasi melalui pindaan perlembagaan, UMNO adalah jauh lebih terkehadapan berbanding parti-parti pembangkang.

''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:

n Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

n Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.

n Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.

Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.

Tegas beliau, apa yang penting ialah agenda transformasi dalam UMNO telah bermula dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli akar umbi bagi mengukuhkan parti serta merealisasikan hasrat rakyat dan Presiden.

Kata beliau: ''Saya berpandangan bahawa perkara yang sama juga perlu dilaksanakan secara bersama-sama oleh seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana di dalam perubahan landskap semasa ini rakyat akan lebih yakin dengan perjuangan kita jika mereka dapat melihat perubahan ini berlaku secara menyeluruh oleh semua parti.

''Kita perlu bergerak seiring dan senada. Kita tidak ada pilihan kerana ini adalah kehendak rakyat dan BN wajar menjadi parti yang menerajui perubahan tersebut."

Tuesday, December 8, 2009

Anwar, Pas, DAP hancurkan Melayu Islam : UTUSAN Online

TAIPING 7 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, orang Melayu akan hancur selagi terus menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.


Pada masa sama, katanya, kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala penduduk bumiputera dan Islam.


''Ini merupakan tiga ancaman yang boleh menghancurkan orang Melayu di negara ini. Tidak ada makna pembangunan pesat negara kalau Melayu akhirnya hilang kuasa di negara sendiri.
''Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, perkembangan ini kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara," katanya.


Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana mengenai isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi.


Menurut Ibrahim, kejahatan Anwar, yang dahulunya ditatang 'bagai minyak penuh' semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dihukum Allah SWT 'secara tunai' di dunia ini kerana sikapnya itu.


Kata beliau, selaku Ketua Pembangkang, Anwar sanggup menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib orang Melayu dan Islam.
''Sebab itu pemimpin DAP sanggup pijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak. Mereka pijak gambar orang Melayu dan Islam. Melayu dalam pembangkang jadi pengecut dan hanya diam bila DAP kurang ajar.


''Apabila DAP menghina institusi raja, menyamakan Islam dengan agama lain dan memperlekeh bahasa Melayu, Anwar hanya diam membisu, sampai sekarang tidak bersuara," katanya.
Pas pula menurut Ibrahim diibaratkan sudah sampai ke peringkat 'masuk wad gila' kerana kenyataan pemimpin-pemimpinnya yang mengarut terutama sekali Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Katanya, Pas hanya dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk memecahkan undi Melayu di negeri-negeri tertentu terutama sekali di Perak, Selangor dan Pulau Pinang hingga menang beberapa kerusi.


Jelas beliau, dominasi Pas di Kedah dan Kelantan tidak dikhuatiri kerana masih diperintah oleh Melayu Islam tetapi kehadiran Pas di negeri lain adalah amat bahaya.


''Walaupun Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar Perak tetapi beliau hanyalah patung. Pemerintah Perak yang sebenar ialah DAP. Mereka marah sangat dan pijak gambar orang Melayu selepas kuasa mereka dirampas.


''Pas pula sibuk mendoakan kehancuran umat Islam lain. Kalau benar doa Tok Guru Pas berkat sudah tentu Kelantan sekarang negeri paling maju dan mungkin sudah ada sepuluh menara berkembar Petronas di sana," katanya.


Ibrahim menambah, kemenangan besar DAP dilihat hampir sama dengan kejayaan mereka semasa PRU 1969 walaupun pada masa itu pergerakan komunis telah dibubarkan selama enam bulan.


''Bagaimanapun perjuangan mereka tidak mati. Bekas penyokong komunis kini berada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.
''Sebab itu mereka begitu berani (nak) bawa Chin Peng balik. Apa tandanya itu? Masih tidak sedar lagikah rakyat Perak?" ujar beliau.


Katanya, walaupun bukan ahli UMNO dan hanya wakil rakyat Bebas, beliau menegaskan orang Melayu perlu kuat dan bersatu kembali di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


''Orang Melayu dari dulu memang kalah dari segi ekonomi tetapi kuat dalam politik. Malangnya sekarang politik pun sudah mula kalah. Jadi jangan menyesal kalau Melayu terus hancur pada PRU Ke-13 akan datang," katanya.

Friday, November 13, 2009

Ketepi isu remeh: Hubungan tradisional KL, Jakarta terus akrab

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak menggugat hubungan di antara kedua-dua negara, sebaliknya terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini, semalam, Perdana Menteri berkata sementara ada pihak tertentu yang mahu menimbulkan masalah dalam hubungan dua hala, hakikat adalah sebaliknya kerana pemimpin Kuala Lumpur dan Jakarta mempunyai hubungan yang akrab.

"Meskipun kita mempunyai beberapa isu yang tertangguh, ia tidak seharusnya menjadi keutamaan yang melebihi perkara-perkara baik dilakukan kedua-dua kerajaan untuk mengukuhkan hubungan. Kita mempunyai hubungan tradisional yang akrab seperti kunjungan antara pemimpin Indonesia ke Malaysia dan sebaliknya.

"Kita sedang melihat kepada interaksi lebih erat antara institusi seperti media dengan media, Parlimen dan Parlimen serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan NGO," katanya. Najib berkata, mereka yang mengadakan pertemuan empat mata juga mahu program belia antara kedua-dua negara ditingkatkan manakala kerjasama ekonomi terus diperluaskan.

"Kami bersepakat untuk menyatakan bahawa kedua-dua negara dan kerajaan beriltizam memantapkan hubungan supaya tidak berlaku pasang surutnya, tapi sebaliknya dapat dikekalkan pada tahap yang sebaik mungkin. "Ini juga adalah keadaan yang sebenar walaupun berlaku beberapa masalah tapi ia adalah bersifat kecil dan berlaku dalam kelompok kecil dan tidak seharusnya menutup segala kebaikan besar dan positif dilakukan oleh kedua-dua pemerintah selama ini," katanya Lawatan rasmi Susilo ke Malaysia selama dua hari itu adalah lawatan pertama sebelum beliau ke luar negara selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, Oktober lalu. Bulan lalu, segelintir media dan rakyat Indonesia melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' kerana salah faham berhubung tarian pendet.

Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), misalnya melancarkan gerakan 'Ganyang Malaysia' dengan melakukan kempen 'sapu dan usir rakyat Malaysia' dan bersedia mengepung Kedutaan Malaysia di Jakarta bertujuan menggesa pemerintah Indonesia bersikap tegas. Najib berkata, perbincangan beliau dengan Susilo berjalan dengan baik, produktif dan sangat bermanfaat sekali gus menyifatkan lawatan Presiden Indonesia itu sebagai sangat bermakna dan berharap ia memberi isyarat amat positif kepada kedua-dua negara terutama dalam konteks hubungan sesama manusia.

Katanya, Malaysia juga ingin memperkukuhkan persahabatan dengan Indonesia serta mewujudkan lebih banyak peluang dalam pelbagai bidang demi kebaikan di antara kedua-dua negara berjiran. Najib berkata, kedua-dua pemimpin turut bersetuju supaya proses integrasi ekonomi di antara Malaysia dan Indonesia diperkasakan bukan saja dalam bidang dagangan dua hala, malah dalam sektor pelancongan, keselamatan makanan, tenaga, industri halal serta kewangan dan perbankan Islam.

"Kami bersetuju supaya proses integrasi ekonomi diperkasakan lagi bukan saja dalam bidang dagangan dua hala di mana angkanya semakin meningkat kecuali tahun ini kerana kesan daripada krisis global tapi kami yakin hubungan dagangan akan terus meningkat.

Saya juga berharap lebih ramai pihak Indonesia melabur di Malaysia supaya pelaburan dilihat sebagai dua hala. "Kita juga melihat inisiatif tertentu apabila Presiden Susilo mencadangkan dalam aspek keselamatan makanan di mana kita boleh melabur bersama dalam bidang ini kerana Indonesia ada kawasan yang luas dan tenaga kerja yang boleh menjadi pusat pengeluaran makanan, ini boleh diusahakan bersama.

"Dalam aspek keselamatan tenaga, saya memberi maklum balas di mana ada akses tenaga dari Malaysia, kita boleh menyalurkan ke kawasan pedalaman Indonesia yang memerlukan bekalan tenaga dan elektrik," katanya. Perdana Menteri juga berkata, usaha kedua-dua dua atas kepentingan bersama seperti memerangi kempen antiminyak sawit di negara dunia ketiga dan melakukan tindakan bersama dan lebih selaras termasuk dalam promosi pelancongan.

Najib berkata, kedua-dua pemimpin turut bersetuju betapa pentingnya mewujudkan ramai kawan Indonesia di Malaysia dan rakan Malaysia di Indonesia supaya sebarang isu berlaku, mereka dapat memberi gambaran sebenar dari semasa ke semasa.

Menjawab pertanyaan media Indonesia mengenai jaminan Malaysia terhadap hak tenaga kerja republik itu di Malaysia, Najib berkata: "Pertamanya dari segi kepentingan pekerja Indonesia, kami harap mereka (pekerja Indonesia) yang masuk ke Malaysia adalah pekerja yang sah, jadi kalau mereka pekerja sah, lebih mudah hak mereka terjamin. Kalau sebaliknya mereka boleh dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kedua, kami akan melakukan keadilan, layanan adil dan saksama termasuk kepada rakyat Malaysia yang melakukan kekasaran terhadap rakyat Indonesia di sini, mereka akan diambil tindakan mengikut undang-undang negara seperti terbukti baru-baru ini. "Banyak kes yang kita sudah selesaikan termasuk beberapa kes berprofil tinggi.

Begitu juga kita berharap pekerja Indonesia di sini tidak melakukan kesalahan, kalau mereka melakukan kesalahan, layanan dan tindakan sama akan diambil, itu amat difahami Presiden dalam perjumpaan kami." Beliau juga berkata, kerajaan menghargai kehadiran pekerja asing dari republik itu dan akan terus melindungi mereka tetapi sekiranya ada yang melanggar undang-undang, mereka akan diadili. gan yang akrab.

beritaharian online

Wednesday, August 19, 2009

SENAM SENI "1 MALAYSIA" MENYAHUT SERUAN PEMBENTUKAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA

16 Ogos, 2009 (Ahad) Jam 03.30 petang bertempat Di Taman Kenari sekali lagi dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Bahagian Sandakan dan Rukun Tetangga Taman Kenari, Puteri Libaran berjaya melaksanakan Program Kibar Jalur Gemilang (Warga Ceria). Walaupun penat pagi tadi menyerahkan jalur gemilang belum reda, tapi semangat masih berkobar-kobar meneruskan usaha mengimarahkan bulan kemerdekaan.

Hari ni, kesempatan yang paling baik, kerana minggu depan umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Program ini bukan saja memberi kesempatan untuk kami bersama Ahli Parlimen Libaran, Yb. Datuk Juslie KK Ajirol bergotong-royong memasang bendera dari rumah ke rumah malah, hari itu juga kami berkesempatan mempelajari Senam Seni "1 Malaysia" dengan moto 'sehat ala Malaysia' Senam seni ini benar-benar baik untuk dipraktikkan untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Bukan saja gerakan yang baik tetapi alunan muzik mengabungkan semua budaya di Malaysia mampu menjadikan senaman ini milik semua kaum di Malaysia. selaras dengan konsep "1 Malaysia" untuk membentuk sebuah Bangsa Malaysia.

Ceria: Ketua Pemuda UMNO Libaran, Pemangku Pengarah JASA melihat Yb. Datuk Juslie KK Ajirol mengikat Jalur Gemilang di Kediaman Penduduk Taman Kenari
Rt Taman Kenari Menyambut Ketibaan Yb. dengan kibaran Jalur Gemilang

Pengerusi RT Taman Kenari Menyatakan Sesuatu kepada Yb
Tq Yb! itulah kata penduduk dari suku kaum Cina ni,
Bila Yb turun Padang siap Ikat lagi Jalur Gemilang di Pagar Rumah



Senam Seni "1 Malaysia" menyehatkan minda dan fizikal

Tq kepada RT Taman Kenari...

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Yb. Datuk Juslie KK Ajirol, Ahli Parlimen Libaran-
turun padang menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang



Barisan Jentera Puteri UMNO Libaran
Posing sebelum Mengedarkan Jalur Gemilang kepada Kenderaan yang lalu


Kasih Sayang dimana jua berada


Kereta Polis Kena Pasang dulu sebelum membuat sekatan jalan



16 Ogos 2009 (Ahad) seawal 09.00 pagi Pu3 berkumpul di Jalan Labuk batu 6 menanti ketibaan Yb. Datuk Juslie KK Ajirol bagi memulakan aktiviti meletak jalur gemilang di kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan berkat bantuan Polis Diraja Malaysia, Cawangan Sandakan program Kempen Kibar Jalur gemilang kami pada pagi berkenaan bejalan dengan jayanya.

Mcm2 juga gelagat yang boleh kita lihat sepanjang program ini berjalan, ramai yang mengucapkan terima kasih, ada yang mintak lebih dan tidak kurang juga yang bekunyayang mcm ndak puas hati mungkin akibat sekatan jalan.

Apapun reaksi yang diberikan, usaha ini tidak lain untuk mengimarahkan lagi bulan kemerdekaan. Sebagai generasi wanita prihatin, pu3 melihat program kecil sebegini sekurang-kurang menjadi langkah pertama untuk kita mengukir seribu lagi langkah bagi memberi kesedaran kepada rakyat di Malaysia umumnya akan pentingnya kita menghargai nilai sebenar sebuah Kemerdekaan. Langkah yang paling kecil pastinya dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Salam Merdeka Buat Semua.


MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIBARAN



Mesyuarat Di Mulakan...Ketibaan YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman
Barisan Perwakilan 10 Pu3 Bahagian

Ketua, Naib dan 5 orang Perwakilan 10 Pu3 Bahagian dari depan
Ryna, Fatimah, Titi, Noorin dan Bun




Ketua Puteri UMNO Bahagian Libaran mengambil Gambar kenangan bersama Senator Datuk Armani Haji Maharuddin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran (tengah)

Barisan Tetamu, Ketua Cawangan dan perwakilan yang hadir


Mesyuarat UMNO Bahagian Libaran berlangsung pada 15 Ogos, 2009 (Sabtu) yang lepas. Dirasmikan Oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.


MENGHIDUPKAN BUDAYA GOTONG ROYONG

Gotong Royong Dapat Mengeratkan hubungan Silaturahim Semasa Manusia

Penduduk Taman Kenari Best!
Kanak-kanak pun mau ambil bahagian juga, Bagus2!

Ni Pu3 Betul2 kah, atau olok2 jak ni...

Walaupun penat dari bekerja Pu3 turun Padang Gotong Royong;
Mel? gosok jangan tak gosok

Khamis, 13 Ogos 2009, jam 05.00 petang dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Bahagian Sandakan melalui program Taqarrub, Pu3 Libaran berkesempatan mengadakan gotong royong membersihkan padang Taman Kenari. Bagus juga sekali sekala bertemu penduduk taman kenari melalui Rukun Tetangga terutamanya, dapat merapatkan hubungan silaturahim dan menjalinkan hubungan sesama umat Islam.





Monday, August 10, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PU3 UMNO LIBARAN

Wakil Bahagian En. Salamat Madali, Tuan Haji Hamdan Hamid dan En. Karim Jalil
Wakil Pengerusi Tetap


Barisan Ajk, Khusyuk membaca Buku Persidangan

Sdri Musrina Latupu Membacakan Usul :
Usul Akan di Paparkan dalam lembaran akan datang...

Perwakilan Yang Hadir : Barisan hadapan

Barisan AJK Pu3 Bahagian Bersama Sdri. Musliati Moslimin, Kp3 UMNO Sabah

Wajah2 Ceria Selepas Bersidang : Posing Tayang Gigi


Salmia : 'Jom Makan' ?

Ketua Puteri Bersama Perwakilan

Kesempatan Posing Bah...

Barisan Tetamu Yang Hadir (Wakil Bahagian) En. Karim Jalil (Baju Biru)

Jamuan Makan


Pen. Bendahari & Sdri. Musrina, Pembaca Usul Bah 2!

BARISAN TERAKHIR YANG PULANG SELEPAS SEMUANYA SELESAI



Bersambung....

Friday, July 24, 2009

BERITA BERGAMBAR SEMPENA MESYUARAT BULANAN PERGERAKAN PUTERI UMNO LIBARAN

Barisan Top 5. Ketua Penerangan? (Sila Rujuk Gambar Paling Besar Di Bawah)

Barisan AJK

i love Vitegen...
Mel (Ketua Penerangan) menyayang Tshirt yang bakal digunakan sempena Pertandingan Kecergasan Poco-Poco Anjuran Bersama Puteri UMNO dengan Komuniti Bestari Mukim Sungai Manila Utara, Di Pekan Rancangan Sungai Manila

Diantara Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

1) Persiapan anjuran pertandingan kecergasan Poco-Poco
2) Persiapan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Libaran yang dijadualkan:

Tarikh : 02 Ogos, 2009

Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Ballroom Sabah Hotel Sandakan

Perasmi : Saudari Musliati binti Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah

KEPADA SEMUA AHLI PUTERI DAN PERWAKILAN YANG DIKASIHI SEMOGA DI BERI KESIHATAN DAN RUANG WAKTU UNTUK HADIR MENJAYAKAN PROGRAM YANG TELAH DIJADUALKAN.