Monday, June 22, 2009

FESTIVAL SANDAKAN PENYATUAN BUDAYA DAN SENI MENYAHUT SERUAN "1 MALAYSIA"









Memulakan posting hari ni pu3 libaran memaparkan gambar-gambar kenangan sepanjang pelancaran Festival Sandakan kali Ke-10 yang telah berlangsung semalam di Padang Bandaran Sandakan dan telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

Berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat. Terhibur jugak rasanya dengan gelagat penghibur numbul satu di Sabah, siapa lagi kalau bukan c Ampal bah yan?. Teringat skrip c Ampal semalam "Nah yang magasi ramai ni mangak turun dari kem. dari estate semua sporting bah orang Sandakan ni". he he

Apa yang penting bukan dari mana datang dan asal audies yang hadir tetapi, perhimpunan ini lambang keamanan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum di Sabah dan Sandakan khususya. Penyatuan dan penerimaan kebudayaan setiap etnik di Sandakan menjana dan menyumbang kepada perpaduan dan keunggulan persefahaman untuk memakmurkan bumi Malaysia secara tidak langsung.

Melalui ucapan pelancaran YAB. Ketua Menteri Sabah juga ada menyatakan Sabah adalah contoh terbaik menyahut seruan '1 Malaysia' kerana rakyat yang berbilang kaum/etnik serta agama dapat hidup dengan aman dan harmoni dan dapat mensahami budaya setiap etnik yang ada.

Majlis pada malam itu berakhir dengan persembahan bunga api. Bunga api mungkin bukan semata2 alasan untuk masyarakat di Sandakan hadir memeriahkan majlis ini, tetapi apa yang paling utama adalah setiap individu harus sedar akan pentingnya toleransi dan persefahaman sesama manusia, ini terbukti dengan kehadiran beribu manusia namun keadaan tetap terkawal dan berakhir dengan senyuman puas menjadikan malam itu kenangan dalam lipatan sejarah setiap individu yang hadir.

Markah Bonus : Tarian Bollywood



No comments:

Post a Comment

ADA KOMEN?