Monday, June 22, 2009

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT










(Gambar : Sekitar Program Pemimpin Bersama Rakyat Kampung Tinusa II Sandakan)

Salam dan senyumannya sering menjadi pengubat dan penawar setiap kegusaran rakyat. Daripada geraknya beliau digambarkan pemimpin yang berjiwa rakyat. Kesibukan menjadi pemimpin nombor 1 di Sabah tidak pernah melekakan beliau untuk bertemu rakyat di kawasannya.

Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Aman, Ketua Menteri Sabah juga ADUN N 42 Sungai Sibuga tidak pernah lupa akan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat. kekangan waktu dan tugas tidak pula menjadi alasan untuk mengabaikan rumpun pengundi yang memberi mandat untuk beliau terus bertapak dalam dunia politik tanah air.

pujian diberi bukan kerana beliau Ketua UMNO Bahagian Libaran tetapi inilah suara rakyat dan ini luahan mereka yang tidak buta hati dan minda.

Semoga YAB. Ketua Menteri terus diberi kesihatan mentadbir negeri Sabah ke mercu tanda yang agung dan terunggul.




No comments:

Post a Comment

ADA KOMEN?