Wednesday, June 24, 2009

PAS TIDAK JUJUR

KUALA LUMPUR 23 Jun - Keputusan pakatan pembangkang khususnya Pas menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menggambarkan parti itu tidak jujur membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas dilihat lebih suka mengadakan perbincangan dengan DAP berbanding UMNO berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti soal agama dan orang Melayu.

"Apa salahnya kalau kita bincang isu-isu ini bersama. Tindakan mereka menolak terus perbincangan itu telah memberikan gambaran sebenar berhubung kejujuran Pas dan pakatan pembangkang dalam soal ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam mesyuarat mereka di Parlimen semalam memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri berkata, soal UMNO memfitnah pakatan pembangkang berhubung cadangan kerajaan perpaduan tidak timbul sama sekali kerana suara mengenai cadangan berkenaan sebenarnya datang daripada pakatan itu sendiri.

"Cadangan tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen Pas sendiri sebelum ini dan apabila mereka menerima tekanan dalaman, mereka tarik balik cadangan berkenaan dan mengatakan ia sebenarnya suatu fitnah daripada UMNO," katanya.

Seorang lagi Ahli MT UMNO, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan mendukacitakan UMNO khususnya orang-orang Islam.

"Saya tidak tahu apa yang telah terjadi, namun UMNO sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan perbincangan dengan pakatan pembangkang demi kepentingan bersama," katanya.

pU3 : Kebeliangan2 juga PAS ni, d org yang cadang d org jugak ndak mau. Nampak sangat budu2 hilang pedoman, tiada sudah landasan. sekongkol la kamu PAS dengan DAP menghancurkan bangsa sendiri. Berjuang untuk kepentingan peribadi. Memualkan!

1 comment:

  1. Salam,

    Inilah yg dinamakan baling batu sembunyi tgn.

    Takut byg2 sendiri.

    ReplyDelete

ADA KOMEN?