Tahniah kami ucapkan kepada semua keluarga PU3 yang melangsungkan perkahwinan semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
30 Mei 2009 melakar sejarah manis buat sebahagian dari keluarga besar Pu3 UMNO Libaran, dua gadis yang dulunya bergelar cik hari ini menerima gelaran yang sah sebagai puan. Dua ahli Pu3 kami ini melangsungkan persandingan dengan suasana yang cukup meriah. Beberapa keping gambar kenangan sempat kami rakam utnk kenangan dan diabadikan selamanya dalam blog ini.
SAMBUTAN HARI IBU
"Sekuntum Mawar Merah"
30 Mei 2009 yang lepas juga, pu3 UMNO Bahagian Libaran berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu di Rancangan Sungai Manila, walaupun cukup sederhana tapi majlis ini memberi seribu makna buat penduduk kampung yang pastinya terdiri dari ibu2 dan ahli2 pu3.
Bermula dari jam 08.00 am hingga 10.00 am "Program Menambah Keahlian Pu3 UMNO" berjalan dan mendapat sambutan yang baik daripada wanita2 muda dari sekitar Rancangan Sungai Manila.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan karaoke, Pertandingan Ibu Anggun, Ibu Manis dan Ibu Ceria. Senaman Tarian Poco2 jugak dibuat pada sebelah petang.
No comments:
Post a Comment
ADA KOMEN?