Monday, June 22, 2009

MEMUPUK BUDAYA ILMU UNTUK GENERASI MUDA: SIRI 2

Nilai penting yang perlu diterapkan pabila berurusan dengan kanak-kanak masa kita buat pertandingan pastinya "gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamany" uh uh jenuh juga pu3 Libaran melayan karenah kanak-kanak sepanjang Program English On Wheel dan Pertandingan Mewarna.

Macam-macam karenah kanak-kanak ni terutama yang masih pra-sekolah. Besar hikmah gagasan '1 Malaysia' di war-warkan oleh kerajaan senang sikit nak mengawal budak-budak ini, yelah sebelum segalanya bermula kami beri asas yang perlu ada untuk menjayakan '1 Malaysia' iaitu Nilai-nilai murni. Pabila ada saja yang mula muncung-muncung mulut, disedarkan lagi dengan nilai terbaik menjadi insan yang berjaya.

Seronok dapat bertemu kanak-kanak di Kampung Batu Putih. Pu3 berkongsi rasa dan gambaran ini melalui paparan di bawah, semoga setiap perkongsian ini menjadi kita manusia yang lebih penyayang dan saling kasih mengasihi. Pupuklah budaya ilmu bermula dari alam kanak-kanak lagi agar generasi pelapis kepimpinan negara berlimu dan berperibadi mulia.



Ketua Puteri bersama JKKK Batu Putih, Tuan Haji Hamdan Hamid

mengambil kesempatan melihat himpunan buku-buku

sejarah yang terdapat di Perpustakaan Desa.


Gambar atas: Puan Hafsa selaku pengerusi Biro Pelajaran

bertungkus lumus menyerahkan lukisan untuk diwarnakan. 'kira orang kuat lah ni.'


Nah? kan bukan jak adik-adik ni yang muncung mulut

naib pun terjangkit sudah, ni gara2 mau mengatur supaya

adik-adik beratur dan mengikut barisan bah.


Berlangsung di Perpustakaan Desa Kampung Batu

Putih beginilah suasana bila kanak-kanak (peserta)

tidak sabar-sabar untuk memulakan pertandingan.



Tidak melepaskan peluang. walaupun berkasut tumit tinggi tetap

berjuang untuk menyehatkan badan, tapi macam tension jak adik pu3 ni? he he

sebelum memulakan pertandingan,

kasi kanak-kanak ni bersenam dulu, dengan tema 'Oh Malaysia'


No comments:

Post a Comment

ADA KOMEN?