Thursday, June 11, 2009

NEW SABAH TIMES :

4 JUN 2009 (KHAMIS) M/S 8

Salam kepada ahli Pu3 yang tidak berkesempatan membaca akhbar New Sabah Times pada 4 Jun yang lepas berikut adalah keratan berita yang ditulis oleh Mustaffah Mohd Hassan.,

PUTERI UMNO LIBARAN GIAT ADAKAN KEMPEN TAMBAH AHLI, SASAR AMBIL 500 AHLI BARU.

SANDAKAN: Pergerakan Puteri UMNO Libaran melalui Biro Keahlian kini giat mengadakan kempen menambah keahlian puteri dengan menyasarkan pengambilan seramai 500 orang ahli baru.

Menurut Pengerusi Biro berkenaan Marsuria Arbi, pergerakan itu akan menyusuri setiap kampung dalam kawasan parlimen Libaran bagi memberi peluang kalangan remaja puteri untuk menyertai mereka dalam perjuangan Puteri UMNO.

Katanya, program puteri bukan semata-mata untuk berpolitik malah lebih bertujuan untuk mendedahkan golongan remaja puteri dengan matlamat memajukan golongan berkenaan dalam semua bidang yang berkaitan kecemerlangan diri.

"Melalui Puteri golongan remaja puteri berpeluang menyumbang bakti kepada masyarakat selain membantu memperkasakan keharmonian negara kerana peranan kami sebagai puteri mahu melibatkan remaja dengan aktiviti sihat." katanya.

Setakat ini katanya, Pergerakan Puteri Umno Libaran baharu dianggotai lebih seribu ahli yang dirasakan masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan golongan remaja yang belum menyertai pergerakan itu.

Pada permulaan kempen penambahan keahlian bagi tahun ini, menurut Marsuria, pihaknya telah menziarahi cawangan Sri Tanjung dan telah menerima ramai kemasukan ahli muda disitu dan akan meneruskan usaha sedemikian.

Sehubungan dengan itu menurut beliau, Pergerakan Puteri UMNO Libaran meminta kerjasama ketua-ketua cawangan bagi mengenalpasti remaja puteri di kawasan masing-masing berusia antara 17 ke 35 tahun untuk didaftarkan sebagai ahli pergerakan itu seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih pada pilihan raya.

1 comment:

  1. tahniah kpd Peng. Biro keahlian n AJKnya...
    apapun sasaran menambah seramai 500 ahli adalah sangat kecil berbanding keahlian sedia ada.
    Teruskan usaha dan pelbagaikan aktiviti bagi menarik minat golongan wanita muda menyertai Pu3

    ReplyDelete

ADA KOMEN?